Ingin Memiliki Barangan di Blog Mistikism?

Saya ada menerima tempahan untuk barangan yang tertera di blog Mistikism ini. Jika anda berhasrat untuk memilikinya dalam bentuk cincin, loket, etc. Permaharan boleh dibuat melalui email kepada saya di bawah.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang apa yang tertera di blog ini, hubungi saya di
- mistikism@yahoo.com (Fad)

Tuesday, January 11, 2011

Tepak Sireh


Tepak sireh ni berlainan sikit.. Ia tak kilat2 seperti buat hari pertunangan atau pun persandingan.. hehe tapi kalau mahu, boleh juga.. Dia special sikit.. Ianya berwafak..
Untuk dimaharkan, kepada sesiapa yang minat dan tahu penggunaanya..

Tasbih Kau Kokka (99 Biji, 33 Biji)

Ni dia.. Tasbih Kayu Kokka.. Untuk dimahar.
1. Air yang telah direndam dengan tasbih kayu kuka boleh dibuat sebagai penawar atau ubat untuk:- (1.1) Sakit gigi - airnya diminum dan dikumur dalam mulut. (1.2) Sakit kerongkong, seperti tonsil, guam dan ruam - airnya diminum dan dititikkan dalam mulut. Insya-Allah. (1.3) Keracunan - airnya diminum. Insya-Allah. (1.4) Demam panas - airnya diminum. Insya-Allah.
2. Jika tasbih kayu kuka dipakai di badan dengan syarat ianya menyentuh kulit badan, ia boleh jadi penawar kepada: (2.1) Gigitan dan sengatan binatang berbisa seperti ular tedung - letakkan tasbih itu di tempat gigitan / sengatan. (2.2) Kemalangan - Dengan pertolongan Allah, jika seseorang itu membawa tasbih kayu kuka, Insya-Allah terselamat daripada nahas dan kecederaan. (2.3) Melecur air atau minyak panas - kulit tidak melecit dan rasa panas / sakitnya hanya sebentar. (2.4) Khianat orang terhadap pemakainya - tidak berjaya. (2.5) Menjadi pemanis - pemakainya akan disukai ramai.
3. Tasbih kayu kuka boleh dibuat penawar kepada: (3.1) Rasukan makhluk halus - jika kanak-kanak dirasuk hantu, gosokkan tasbih kayu kuka di dahinya. Insya-Allah. (3.2) Sakit kepala - gosokkan di bahagian kepala yang berkenaan. Insya-Allah. (3.3) Sakit otot dan urat - gosokkan di tempat yang sakit. Insya-Allah. Kesemuanya dengan Izin Allah..

Tasbih Kayu Setigi Asma Ul-Husna (99biji)


Tasbih ini, Masya-Allah.. betul betul susah nak dicari. Pertama sekali Ia dari kayu Setigi.. Kedua, Ia dijadikan Tasbih.. Ketiga Nama-Nama Allah yang Maha Esa diukir di setiap satu biji tasbih ini.. Sesungguhnya, yang menciptakan tasbih ini cukup mahir orangnya.

Sedikit informasi saya ingin kongsi tentang kayu Setigi.
- Kayu ini dahulu, sering banyak dijumpai di pantai selatan jawa. Kerana banyak yang mencari, maka kayu ini terancam punah kerana diyakini bertuah untuk keselamatan, anti black magic, anti gigitan ular dah dijauhi ular.. Dengan Izin Allah.. Selain itu, rendaman kayu ini juga berkhasiat mengubati sakit perut.. Kayu yang kering akan berbau harum bila digosok dengan hujung jari.. Juga dikenal sebagai Drini, Sentigi, Cantinggi atau Mentigi.. Kayu ini selalunya dicari untuk pengubatan.. Kerana susah untuk diperolehi maka harganya sangat mahal..
Tasbih di atas untuk dimahar..

Teras Asam



Ahh, ni pulak Teras Asam.. Pohon Asam sangat popular di Indonesia.. Bijinya disebut Klungsu, diyakini dapat menolak roh jahat, khususnya dari Kerajaan Kidul. Biji asam yang hitam legam sebanyak 3-9 biji jika ditaruh dalam lampu mobil/motor dipercaya dapat menghindari kecelakaan lalu lintas yang diakibatkan oleh mahluk halus. Bahagian hitam dari teras asam dinamakan Galih Asam atau Teras Asam, bertuah untuk keselamatan, menolak Jin jahat dan anti tenung. Jika dipukulkan pada seseorang yang mempunyai daya magic hitam maka biasanya akan punah kesaktiannya.

Kesemuanya hanya dengan Izin Allah semata-mata. Baik untuk dibuat cincin atau loket. Insya-Allah saya menerima tempahan bagi sesiapa yang ingin memiliki Teras ini..

Songsang Arus

 Ah, ini pula sebatang Songsang Arus yang dapat dimiliki. Ia selalunya terdapat di dalam laut. Jelas bahawa, gambar di atas, Songsang Arus ni hitam belaka, tak cantik dan berlapuk. Tetapi, bagi yang arif, Ia sebenarnya adalah kuning keemasan. Waah, cantik betul kalau kuning keemasannya menyerlah.
Ini pula menunjukkan Songsang Arus dari hujungnya. Berpusar.
Khasiatnya ialah ia penangkal ilmu hitam, kebal dan lain lain. Kesemuanya dengan izin Allah. Sesuai jika di buat cincin.

Thursday, January 6, 2011

Gemunggal Vs Kelor


 Gambar dua di atas ni, adalah Gemunggal/Gemunggar ada juga yang memanggil ia Kelor!! Macam mana? Saya pun tak tahu. Penat  saya mahu bahaskan. Jelas bahawa rona yang terdapat di dua gambar di atas jauh berbeza dengan dua gambar dibawah, iaitu Kelor.

Pada mereka yang arif, sila email kepada saya.. Terangkan pada saya apa yang sama? ataupun Serupa? PLS!!! Kerana ada yang mengatakan pada saya, kedua-duanya sama. I don't think so. Tgk je lah.. Beza!! :)

Akar Ular Cintamani


Kayu pun boleh jadi macam ular ke!!?? Allah Maha Kuasa.. Ni pun ditemui teman secara tidak langsung.

Antara khasiatnya ialah digunakan untuk pengasih.. Yang tahu silakan.. Untuk dimaharkan..

Sulur Bertam


Alangkah indahnya ciptaan Allah yang maha kuasa. Sejauh ini, pertama kali saya melihat sulur bertam yang melilit seperti ini. Melilit ke kiri pulak tuu!! Wow!!

Siapa pula yang menyangka di tengahnya pula seperti 'heart shape'.. Masya-Allah..

Khasiatnya pula tak perlulah dibahaskan lagi.. Dan ada satu peringatan, kalau memiliki bertam jangan pukul orang sesuka hati haaaa..

Next!! Nak carik Bertam Batu beb!! hehe

Koleksi peribadi, kalau maharnya sesuai boleh berunding.. Susah nak dapat woooiii!!

Akar Bahar Putih

Ah, yang itu akar bahar putih yang telah di bentuk sebagai gelang tangan. Cantik!!

Lazimnya kita sering melihat akar bahar hitam, selalunya kalau kita teliti, di lengan2 orang2 jawa atau betawi.. Pahlawan2 dulu kala sering memakainya. Pada mereka yang tahu, akar bahar memiliki ciri-ciri mistik, seperti penangkal ilmu hitam. Ia juga dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit sendi di tulang dan reumatisme.

Gelang di atas untuk dimaharkan.. Insya-Allah..